PH mendahului 28 kerusi setakat 12.15 tengah malam ini - SPR

PH mendahului 28 kerusi setakat 12.15 tengah malam ini – SPR

ABDUL Ghani Salleh ketika mengumumkan keputusan PRU15 secara berkala di Menara SPR, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pakatan Harapan (PH) mendahului sejumlah 28 kerusi Parlimen bagi keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang diumumkan secara rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat pukul 12.15 tengah malam ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, jumlah itu daripada 220 kerusi Parlimen yang dipertandingkan selepas dua kerusi Parlimen tidak dilaksanakan pengundian semalam iaitu Padang Serai dan Parlimen Baram. 

Menurut beliau, Gabungan Parti Sarawak (GPS) memperoleh 20 kerusi, diikuti Pas (18), Perikatan Nasional (PN), 17 kerusi dan Barisan Nasional (BN) 16 kerusi.

Katanya, Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan DAP masing-masing memenangi empat kerusi, manakala Parti Warisan Sabah (Warisan) pula memperoleh dua kerusi.

“Selain itu, tiga parti memperoleh satu kerusi iaitu Ikatan Demokratik Rakyat (Muda), Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan calon Bebas.

“Keputusan yang diumumkan ini mengikut masa berkala oleh calon yang mewakili parti-parti politik dan calon Bebas,” katanya. – UTUSAN   

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya