PH kumpul bukti kenyataan bersifat jahat sepanjang kempen

PH kumpul bukti kenyataan bersifat jahat sepanjang kempen

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pakatan Harapan (PH) merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana calon yang mengeluarkan kenyataan bersifat jahat kepada gabungan itu sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, pihaknya boleh menggunakan peruntukan Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5).

Beliau yang juga calon Parlimen Pandan berkata, jika akta itu digunakan, kemenangan calon bagi kerusi ditandingi boleh dicabar di mahkamah.

“Tindakan itu penting supaya ia menjadi peringatan kepada parti dan calon lawan yang berkempen dengan menggunakan taktik sedemikian.

“Saya sudah meminta peguam parti dan pasukan kempen di ibu pejabat untuk mengesan kempen sedemikian untuk mengumpul bukti diperlukan.

“Sudah tentu saya perlu melihat kepada peruntukan undang-undang adakah ia membabitkan juga kempen atau ucapan itu yang dibuat oleh orang lain selain calon,” katanya ketika ditemui semasa program kumpul dana bersama calon PH P125 Putrajaya, Dr. Noraishah Mydin Abdul Aziz, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan kenyataan penuh kontroversi dan berniat jahat oleh Ketua Pemuda Pas Kawasan Sik, Mohd Shahiful Mhd. Nasir serta pelakon dan pengarah, Zul Huzaimy.

Mohd Shahiful yang menyatakan sesiapa yang mengundi Barisan Nasional (BN) dan PH akan masuk neraka serta kenyataan Zul Huzaimy yang mahu menyembelih orang bukan Islam.

Dalam perkembangan sama, Rafizi berkata, sebelum ini belum pernah ada tindakan undang-undang diambil terhadap calon bertanding dalam mana-mana pilihan raya di negara ini kerana mengelurkan kenyataan bersifat jahat.

Katanya, kempen yang bersifat jahat itu sudah lama dilakukan sejak tahun 1980an terutama di negeri Pantai Timur dengan tuduhan kafir mengkafir antara parti politik.

“Kandungan seperti itu sering mendapat tempat dalam kalangan pengundi di kawasan luar bandar berbanding di kawasan bandar yang lebih berfikiran logik.

“Cuma salahnya kadang-kadang adalah pimpinan kita juga kerana membenarkan perkara ini berlaku sedangkan ada peruntukan undang-undang yang jelas,” katanya.

Katanya lagi, kenyataan-kenyataan itu secara jelas melanggar Seksyen 504 Kanun Keseksaan, memuat naik kandungan yang mencetuskan kemarahan dan ada ancaman kepada ketenteraman awam selain melanggar peruntukan undang-undang Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya