Petugas SPR meninggal dunia di pusat pengundian Klang

Petugas SPR meninggal dunia di pusat pengundian Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika berada di sebuah kereta ‘buggy’ di Sekolah ACS Methodist Jalan Raya Barat di sini, hari ini.

 Kejadian pukul 12.15 tengah hari itu melibatkan lelaki tempatan berusia 45 tahun.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan mendapati ketika kejadian mangsa sedang bertugas di pusat berkenaan.

“Ambulans kemudian membawa lelaki itu ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi mendapatkan rawatan lanjut. 

 “Mangsa dirawat di zon kecemasan dan sebelum disahkan sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan petang tadi. 

Jelas beliau, mangsa sebelum ini dipercayai pernah menerima rawatan sebagai pesakit jantung. 

“Lelaki itu dihantar ke Unit Forensik, HTAR bagi bedah siasat dan mengenalpasti punca kematian. 

“Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya.

Sehubungan itu, Hoong Fong menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi negatif yang boleh mengugat ketenteraman awam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya