Petugas media sempat undi pukul 5.59 petang

Petugas media sempat undi pukul 5.59 petang

RAJA JAAFAR RAJA ALI (kiri) bergambar dengan petugas SPR selepas menjadi pengundi terakhir di SK Mohd. Khir Johari, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Gara-gara leka bertugas, seorang petugas media hampir terlepas peluang menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Jurugambar, Raja Jaafar Raja Ali, 58, bersyukur kerana apabila tiba di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Mohd. Khir Johari, pintu pagarnya masih terbuka.

Dia hampir terlupa untuk menunaikan tanggungjawab itu kerana leka membuat liputan proses pengundian PRU15 untuk tatapan rakyat, khususnya pembaca setia akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo!

“Alhamdulillah, walaupun sibuk dengan kerja, saya masih berpeluang melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang warga Malaysia buat kali ketujuh.

“Saya keluar selepas subuh, dan pergi ke beberapa lokasi kerana tuntutan kerja sehingga terlupa saya masih belum mengundi.

“Saya teringat belum mengundi selepas Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat  bertanya adakah saya sudah mengundi atau belum,” katanya kepadanya.

Raja Jaafar akan menjadikan insiden ini sebagai pengajaran supaya tidak berulang pada pilihan raya akan datang.

Beliau merupakan individu terakhir yang mengundi di saluran tiga pusat pengundian berkenaan tepat pukul 5.59 petang, satu minit sebelum pusat pengundian ditutup secara rasmi. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya