PETALING JAYA: Kira-kira 100 pengamal media tempatan dan luar negara mula berkumpul di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya di sini yang menjadi pusat media Pakatan Harapan (PH) untuk keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Meja untuk petuas media disediakan di bahagian luar dewan yang turut disertakan paparan skrin besar untuk mengikuti keputusan semasa PRU15 terutama yang melibatkan calon-calon PH.
Kawalan di hotel berkenaan agak ketat dengan kakitangan keselamatan ditempatkan di pintu masuk bagi memastikan hanya media dan ahli parti yang dibenarkan masuk ke kawasan yang ditetapkan.
Suasana setakat ini tenang dan beberapa penyokong PH kelihatan di sekitar lobi hotel dan dijangka pemimpin PH tiba secara berperingkat. – UTUSAN