Pertembungan empat penjuru di Parlimen Tambun - Utusan Malaysia

Pertembungan empat penjuru di Parlimen Tambun

AHMAD Faizal Azumu (dari kiri), Abdul Rahim Tahir, Anwar Ibrahim dan Aminuddin Md Hanafiah pada penamaan calon Parlimen Tambun di Meru, Ipoh hari ini. - UTUSAN/LIYANA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Parlimen Tambun menyaksikan pertembungan empat penjuru di antara calon PKR, Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pejuang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Saingan lebih terarah di antara penyandangnya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu daripada Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka dicabar calon Barisan Nasional (BN), Datuk Aminuddin Md Hanafiah dan calon Pejuang, Abdul Rahim Tahir.

Pencalonan mereka diterima dan diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRU15 Parlimen Tambun, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip.

Pada proses penamaan calon di Institut Latihan Perindustrian (ILP) di Meru di sini hari ini, Anwar merupakan calon pertama memasuki pusat pencalonan pada pukul 8.45 pagi.

Beliau hadir bersama penyandang DUN Manjoi, Datuk Asmuni Awi (Amanah) dan penyandang kerusi DUN Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad (PKR).

Ahmad Faizal pula tiba di pekarangan pusat penamaan calon pada pukul 8.50 pagi bersama calon DUN Hulu Kinta, Puteri Holijah Muhamad Rali (Bersatu) dan calon DUN Manjoi, Hafez Sabri (Pas).

Aminuddin pula tiba di pekarangan pusat penamaan calon pada pukul 8.55 pagi bersama calon kerusi DUN Manjoi, Datuk Azizul Kama Abd Aziz dan calon DUN Hulu Kinta, Datuk Mazlan Abd Rahman.

DUN Hulu Kinta menyaksikan seorang calon Bebas yang juga kontraktor, S. Murugiah, 57, bertanding.

Pada PRU14, Ahmad Faizal yang bertanding atas tiket PH menggunakan logo PKR, menang dalam pertembungan tiga penjuru menentang calon BN dan Pas, selepas menerima 38,661 undi, dengan majoriti 5,320 undi.

Sementara itu, proses penamaan calon bagi Parlimen Tambun berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan.

Hanya Ahmad Faizal disorak kumpulan penyokong PH ketika beliau berjalan masuk dewan pusat penamaan.

Penyokong PH berteriak Ahmad Faizal sebagai pengkhianat namun Timbalan Presiden Bersatu itu membalasnya dengan kata-kata ‘I love You’. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya