Persediaan penamaan calon P125 Putrajaya lancar

Persediaan penamaan calon P125 Putrajaya lancar

SHAMSHUL Joehari Zainal Mokhtar meninjau persiapan susunan kerusi dan meja untuk hari penamaan calon yang ditetapkan pada 5 November ini di Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Segala persiapan menjelang proses penamaan calon sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Parlimen Putrajaya (P125) berjalan dengan lancar.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Putrajaya, Shamshul Joehari Zainal Mokhtar berkata, proses penamaan calon pada Sabtu ini berlangsung di Kompleks Kejiranan Presint 9, di sini.

Beliau berkata, persiapan berkaitan gerak kerja, kemudahan dan soal keselamatan dilaksanakan sejurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh-tarikh penting berkaitan PRU15 pada 20 Okt lalu.

“Kita turut mendapat kerjasama baik dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya. Alhamdulillah semua persiapan berjalan lancar,” katanya ketika ditemui hari ini.

Berhubung proses penamaan calon Sabtu ini, Shamshul Joehari turut menasihatkan semua penyokong parti politik untuk menjaga tatasusila sepanjang proses itu berjalan.

“Kita amalkan demokrasi dan parti politik kini matang dan harap mereka beri kerjasama baik sepanjang proses-proses PRU15 berlangsung,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, bagi PRU15 ini, sebanyak 12 pusat mengundi dengan lebih 60 saluran disediakan.

Katanya, ada pertambahan saluran kali ini, malah bilangan petugas pilihan raya kali juga meningkat kepada lebih 500 petugas selaras peningkatan jumlah pengundi berbanding PRU14.

“Terdapat 42,812 pemilih berdaftar di Putrajaya berbanding PRU14 iaitu hanya 27,306,” katanya.

Bagi PRU15, Parlimen Putrajaya bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan penyandang kerusi, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (BN), Datuk Dr. Radzi Jidin (Perikatan Nasional), Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz (PKR) dan Datuk Mohd Rosli Ramli (Pejuang).

Pada PRU14 lalu, Tengku Adnan berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Putrajaya buat penggal keempat apabila menang dengan majoriti 3,372 undi mengalahkan calon Pas, Zainal Abidin Kidam dan PKR, Datuk Dr Samsu Adabi Mamat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya