Perdana Menteri BN adalah Ismail Sabri - Johari Ghani

Perdana Menteri BN adalah Ismail Sabri – Johari Ghani

JOHARI Abdul Ghani hadir bersama Ismail Sabri Yaakob ketika Jelajah Santai Anak-Anak Keramat di Titiwangsa hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Johari Abdul Ghani tampil menegaskan bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menjadi Perdana Menteri jika Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Calon BN di Parlimen Titiwangsa itu sekali gus membidas dakwaan pihak lawan bahawa Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan menjadi Perdana Menteri jika mengundi beliau.

“Ada yang mendakwa kalau undi Datuk Jo, akan dapat Zahid sebagai Perdana Menteri. Sedangkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah bersuara mengatakan inilah Perdana Menteri BN, Datuk Seri Ismail Sabri.

“Ini bukan saya yang cakap. Ini yang cakap adalah seluruh MKT UMNO, sebelum Parlimen dibubarkan dan dicakap sekali lagi oleh Zahid.

“Masih lagi puak-puak ini, sebab dah tak ada modal, dia nak laga-lagakan pemimpin BN dengan pemimpin BN lain,” katanya di hadapan penduduk ketika Jelajah Santai Anak-Anak Keramat di ibu negara malam ini.

Johari menjadi calon BN terbaharu yang menyatakan sokongan terhadap Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri selepas Khairy Jamaluddin yang bertanding di Parlimen Sungai Buloh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya