Perceraian selebriti Hollywood paling mahal

Perceraian selebriti Hollywood paling mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALEC NATHAN WILDENSTEIN & JOCELYN WILDENSTEIN – AS$2.5 BILION

Wildenstein berjaya menuntut AS$2.5 bilion (RM10 bilion) daripada bekas suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan Perancis dan jutawan yang memiliki kuda lumba.

Dikenali dengan imej pembedahan plastik yang mencecah kos AS$2 juta (RM8 juta), wanita itu kecewa kerana selama ini menyangka mengubah penampilan akan memikat suaminya untuk terus kekal bersama.

TIGER WOODS & ELIN NORDEGREN – AS$750 JUTA

Reputasi Tiger Woods hancur apabila dia dikatakan kerap menjalin hubungan sulit dengan berpuluh-puluh wanita yang ditemui secara rambang.

Woods dan bekas isterinya, Elin Nordegren yang juga seorang model berpisah secara rasmi pada 2010 selepas enam tahun mendirikan rumah tangga.

Pemain golf profesional itu dilaporkan terpaksa menyerahkan tuntutan AS$750 juta (RM3 bilion) selepas penceraian mereka.

MEL GIBSON & ROBYN MOORE- AS$425 JUTA

Pelakon terkenal Hollywood, Mel Gibson mendirikan rumah tangga dengan doktor gigi, Robyn Moore pada 1980 dan dikurniakan tujuh anak.

Kedua-dua pasangan itu berpisah pada 2006 dan menggegarkan Hollywood kerana kos perkahwinan paling mahal pernah diadakan.

Gibson mempunyai harta terkumpul bernilai AS$900 juta pada 2006 dan undang-undang California memperuntukkan harta tersebut perlu dibahagikan sama rata.

Selain hak penjagaan anak bongsu, Moore turut menuntut bayaran peribadi, yuran guaman serta kos lain mencecah AS$425 juta (RM1.7 bilion).

ANGELINA JOLIE & BRAD PITT – AS$400 juta

Sejak pelakon filem Maleficent, Jolie memfailkan penceraian dengan Pitt atas alasan pernah mengalami keganasan rumah tangga, kisah perkahwinan pasangan sensasi itu kerap mendapat liputan media.

Jolie yang pernah memenangi Anugerah Oscar menuntut hak penjagaan penuh bersama terhadap kesemua anaknya.

Khabar angin yang tersebar mengatakan penceraian tersebut yang belum selesai sehingga sekarang akan menelan kos AS$400 juta (RM1.6 bilion).

MADONNA & GUY RITCHIE – AS$92 JUTA

 Guy Ritchie adalah suami kedua kepada penyanyi berasal dari Amerika Syarikat, Madonna dan pasangan itu berkahwin pada 2000.

Selepas lapan tahun hidup bersama, pasangan itu akhirnya memutuskan untuk bercerai.

Perceraian itu sebenarnya sangat merugikan Madonna yang terkenal dengan jolokon ratu pop kerana dia perlu menyerahkan hartanya bernilai AS$92 juta (RM368) kepada Ritchie.

KEVIN COSTNER & CINDY SILVA – AS$80 JUTA

Perkahwinan pasangan selebriti Hollywood ini juga tidak bertahan lama walaupun mereka dikurniakan tiga anak. Mereka berpisah selepas 16 tahun hidup bersama.

Costner terpaksa membayar AS$80 juta (RM320 juta) kepada Silva selepas memfailkan perceraian.

Selepas perpisahan itu, pelakon filem Man of Steel tersebut mengaku, mempunyai seorang anak dengan Bridget Rooney.

MICHAEL DOUGLAS & DIANDRA DOUGLAS – AS$45 JUTA

Pelakon dan penerbit filem, Michael Douglas berkahwin dengan isterinya yang merupakan anak kepada diplomat Austria pada 1977 dan dikurniakan seorang anak lelaki setahun kemudian.

Pada 1995, wanita itu memfailkan perceraian dan menerima kos penyelesaian AS$45 juta (RM180 juta). Ia merupakan separuh daripada nilai pendapatan bersih pelakon itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya