Peratusan mengundi Parlimen Hulu Langat 45 peratus setakat 11 pagi - Utusan Malaysia

Peratusan mengundi Parlimen Hulu Langat 45 peratus setakat 11 pagi

JOHAN Abdul Aziz (tengah) bersama ahli keluarganya yang selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Semenyih, bagi Parlimen Hulu Langat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Hulu Langat, Datuk Wira Johan Abdul Aziz selesai menunaikan tanggungjawab mengundi pada pukul 11 pagi.

Ketika ditemui Utusan Malaysia, Johan berkata, beliau difahamkan bagi Parlimen Hulu Langat, peratusan keluar mengundi agak tinggi sebanyak 45 peratus setakat 11.15 pagi.

Bilangan keseluruhan pengundi Parlimen Hulu Langat dalam PRU15 berjumlah kira-kira 166,000. Daripada jumlah tersebut, 65 peratus atau 106,000 merupakan Melayu. Sementara itu, 43,828 pengundi Cina dan 17,769 pengundi kaum India.

Johan berkata, cuaca yang baik merupakan faktor keluar mengundi yang agak tinggi.

“Syukur, saya selesai menunaikan tanggungjawab mengundi, hari ini saya difahamkan setakat pukul 11.15 pagi, sudah lebih 45 peratus keluar mengundi.

“Ini petanda yang baik, cuaca pun baik, mungkin pagi tadi hujan sikit untuk sejukkan suhu. Saya doakan agar cuaca sebegini sampai tamat waktu pengundian, dan semoga perjalanan rakyat di Parlimen Hulu Langat keluar mengundi berjalan lancar dan sempurna,” katanya.

Sementara itu, calon Pakatan Harapan (Amanah) bagi Parlimen Hulu Langat, Mohd. Sany Hamzan difahamkan mengundi di Sekolah Rendah Agama Batu 14, Hulu Langat dan selesai mengundi pada kira-kira pukul 10.15 pagi.

Bagi calon Perikatan Nasional (PN) pula, Datuk Dr. Mohd. Radzi Abd. Latif selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Beranang pada pukul 9.30 pagi.

Parlimen Hulu Langat, P101, merangkumi dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu  Dusun Tua serta Semenyih. Dalam PRU14, sejumlah 102,363 pemilih berdaftar di Parlimen itu mengambil bahagian dalam proses pengundian.

Pada PRU14, Parlimen itu dimenangi wakil Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Hassanuddin Mohd. Yunus yang memperoleh jumlah undi 49,004, dengan majoriti 25,424.

Beliau menewaskan calon BN, Azman Ahmad yang memperoleh 23,580 jumlah undi, serta calon Pas, Dr. Che Rosli Che Mat yang memperoleh 15,663. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya