Pengundi tak pilih BN pada PRU14 tidak bersalah

Pengundi tak pilih BN pada PRU14 tidak bersalah

MAHDZIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERLUN: Barisan Nasional (BN) tidak menyalahkan pengundi yang diperdaya dengan janji-janji populis Pakatan Harapan (PH) sehingga memberi kemenangan kepada gabungan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, PH yang memerintah selama hampir dua tahun sepatutnya menunaikan janji yang dibuat kepada rakyat, namun mereka tidak dapat melaksanakannya.

“Pada PRU14 yang lalu kita tidak salahkan pengundi yang balik ke kampung ataupun mengundi PH kerana pada waktu itu kebanyakan pengundi terpedaya dengan janji-janji yang besar dibuat oleh PH dalam manifestonya.

“Seperti yang kita semua tahu selepas mereka menjadi kerajaan mereka tidak dapat melaksanakan apa-apa janji yang dibuat dalam manifesto mereka,” katanya kepada pemberita di Pusat Kegiatan Masyarakat Kemas di Alor Biak, Ayer Hitam, hari ini.

Mahdzir berkata, pada PRU15 ini, PH dilihat cuba sekali lagi hendak mendapatkan sokongan rakyat dan meminta diberi peluang untuk menunaikan janji mereka.

Namun, beliau mengingatkan rakyat supaya memilih parti yang menawarkan manifesto yang lebih praktikal dan digubal berdasarkan realiti semasa.

Tambah calon BN Parlimen Padang Terap itu, rakyat sudah dapat menyaksikan kesan daripada PRU14 apabila PH dipilih menerajui negara yang menawarkan pelbagai janji tetapi tidak ditepati.

“Untuk PRU15 ini saya mengharapkan pengundi-pengundi yang akan mengundi pada hujung minggu nanti supaya tidak lagi terpedaya dengan apa yang disebutkan oleh PH kerana mereka dah janji, mereka buat janji itu tapi mereka tidak laksanakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya