Pengundi muda di Terengganu kecewa ramai calon ‘kitar semula’

Pengundi muda di Terengganu kecewa ramai calon ‘kitar semula’

RAMAI pengundi muda di Terengganu kecewa banyak parti politik menampilkan calon kitar semula. penampilan . GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Keba­nya­­kan pengundi muda di Te­rengganu melahirkan kekecewaan selepas ramai calon yang ditampilkan oleh parti-parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) me­rupakan calon berusia lebih 50 tahun serta calon ‘kitar semula’.

Pelajar, Muhammad Al Muhaimin Mohamad Hazman, 19, berkata, dia sebelum ini berharap ada calon muda yang mempunyai aura kepimpinan ditampilkan di Terengganu pada PRU15 namun hampa kerana semuanya telah berusia.

“Saya dan kawan-kawan yang baru pertama kali mengundi ini masih membuat ‘kajian’ mengenai latar belakang calon yang ada.

“Kami periksa akaun Facebook, Instagram dan Twitter mereka untuk melihat sendiri adakah mereka ini cepat responds terhadap apa sahaja pertanyaan atau permasalahan yang dikemukakan rakyat.

“Namun, hampa kerana tiada yang responsif seperti mana pemimpin muda di tempat lain seperti Khairy Jamaluddin, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Fahmi Fadzil atau Shahril Sufian Hamdan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Pada PRU15, kebanyakan calon yang ditampilkan di lapan kerusi Parlimen negeri ini berusia 50 tahun ke atas.

Calon-calon berusia bawah 50 tahun yang dipertaruhkan BN ialah calon Parlimen Marang, Jasmira Othman, 48, dan Parlimen Dungun, Nurhisam Johari, 40.

Sementara itu, GTA pula juga meletakkan dua calon berusia bawah 50 tahun iaitu calon Parlimen Dungun, Nor Aisah Hasan, 32, dan calon Parlimen Hulu Terengganu, Mohd. Khadri Abdullah, 49.

Sementara itu, kesemua ca­lon parti PN dan PH meletakkan calon berusia 50 tahun ke atas.

Seorang lagi pengundi muda, Syafikah Aleesya Faizal, 20, berkata, calon muda lebih mudah didekati dan memahami jiwa, aspirasi serta kemahuan remaja sepertinya.

“Kami tak mahu wakil rakyat yang eksklusif, susah hendak ditemui, kena jumpa pegawai sekeliling untuk menyuarakan hasrat hati sedangkan rakan-rakan kami di tempat lain berpeluang berinteraksi dengan pemimpin mereka hanya menerusi Twitter, Facebook dan akaun media sosial yang lain,” katanya.

Sementara itu, Iqhwan Haqim Ahmad Syafiq, 22, menegaskan, golongan muda bukan menolak sepenuhnya pemimpin yang telah berusia kerana memahami idea kepimpinan dan pengalaman mereka sangat diperlukan dalam pemerintahan negara. “Namun kecewa kerana majoritinya (calon di Terengganu) sudah berusia, sepatutnya bariskan berusia 30 atau 40 peratus calon muda untuk mendekati kami,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya