Pengundi atas pagar tumpuan calon 

Pengundi atas pagar tumpuan calon 

pru15
AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Pengundi atas pagar menjadi tumpuan utama dalam kalangan parti dan calon bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kerana boleh menjadi penentu kepada keputusannya.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau yakin pengundi atas pagar akan didekati oleh semua calon bertanding termasuk calon-calon Bebas bagi mendapatkan sokongan.

“(Tetapi) saya yakin pengundi atas pagar juga mahukan kerajaan yang stabil dan mereka mahu kemakmuran di negara kita (sebagaimana ditawarkan BN),” katanya selepas program bersama Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Sungai Nipah Darat, di sini hari ini.

Beliau mengulas proses pencalonan PRU15 semalam yang menyaksikan tiada kerusi menang tanpa bertanding atau pertembungan satu lawan satu di peringkat Parlimen sebagaimana yang berlaku pada PRU sebelum ini.

Proses penamaan calon PRU15 semalam menyaksikan seramai 1,386 calon layak bertanding bagi merebut kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara. 

Jumlah itu melibatkan 945 calon bertanding untuk 222 kerusi Parlimen iaitu meningkat hampir 28 peratus berbanding PRU14 dengan 687 calon memasuki ge­langgang.

Menurut Ahmad Zahid, didapati sekurang-kurangnya berlaku pertembungan tiga penjuru dengan ada kawasan yang menyaksikan tujuh hingga 10 calon bertanding.

Katanya, ia secara langsung menunjukkan demokrasi di negara ini ‘dihidupkan’ menerusi tawaran yang dikemukakan setiap calon kepada pengundi.

“Namun, pada hemat saya, pengundi memilih bukan sahaja calon terbaik tetapi parti yang boleh menterjemah program untuk rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya