Pengundi Ampang jangan takut buat perubahan - Utusan Malaysia

Pengundi Ampang jangan takut buat perubahan

DR. Nurul Asyikin Mabahwi ketika menyampai ceramah Negarawan Bersama Dr. Banjir Gegar Ampang, Pangsapuri Nilam, Bandar Baru Ampang, malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr. Nurul Ashikin Mabahwi berharap penduduk di Parlimen Ampang berani membuat berubahan dengan memilihnya sebagai wakil rakyat di sini.

Beliau yang juga Ketua Pejuanita Muda Malaysia berkata, permintaan tersebut ekoran Pejuang adalah sebuah parti yang mampu memperjuang hak rakyat dan bukannya memilih mereka yang gila kuasa.

“Buktinya Pejuang tidak namakan calon Perdana Menteri, tidak seperti parti lain malah tidak pernah mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pejuang, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri,” katanya dalam ceramah Negarawan Bersama Dr. Banjir Gegar Ampang di Pangsapuri Nilam, Bandar Baru Ampang, malam ini.

Turut hadir Tun Dr. Hasmah Ali dan calon Pejuang bagi kerusi Parlimen Shah Alam, Mohd. Rafique Rashid Ali.

Nurul Asyikin yang lebih dikenali sebagai Dr. Banjir mendedahkan bahawa penyandang kerusi Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin gagal melaksanakan tanggungjawab selama tiga penggal apabila banyak isu setempat tidak dibangkitkan di Parlimen.

“Saya sudah rasa hidup susah, jadi impian untuk hidup secara elitis tidak pernah ada dalam kamus hidup. Saya mahu anak Ampang keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Anak-anak Ampang yang lain pun boleh boleh jadi Dr. Nurul Asyikin dan belajar ke Jepun.

“Walaupun kami parti kecil tetapi jangan risau kerana setiap peruntukan untuk semua ahli Parlimen adalah sama. Jangan takut memilih parti yang kecil dan baharu kerana sudah terbiasa memilih calon yang sama untuk 15 tahun,” jelasnya.

Beliau juga berjanji akan terus berkhidmat sehari selepas terpilih sebagai wakil rakyat.

“Saya berjanji akan berkhidmat selepas dinamakan sebagai wakil rakyat. Tiada cuti untuk Dr. Ashikin,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya