Pengerang perlukan sebuah hospital - Azalina - Utusan Malaysia

Pengerang perlukan sebuah hospital – Azalina

AZALINA OTHMAN SAID bertemu penduduk di Felda Semenchu, Kota Tinggi, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Pengiktirafan Pengerang sebagai sebuah daerah amat penting dalam usaha mewujudkan sebuah hospital, sekali gus mengatasi masalah jarak yang terlalu jauh untuk penduduk mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

Calon Barisan Nasional (BN) Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, dalam Tiga Ikhtiar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), beliau berharap rakyat terus memberi kepercayaan kepadanya supaya semua yang dirancang dan diusahakannya dapat diteruskan dan dilaksanakan.

“Saya wujudkan Tiga Ikhtiar kesinambungan sebagai Ahli Parlimen empat penggal daripada Pengerang dahulunya tidak ada apa-apa sampailah hari ini sudah ada Rapid, Dialog, Desaru Coast.

“Saya tawarkan diri untuk kesinambungan sebab bagi saya calon Ahli Parlimen kena teruskan dan bawa pembangunan di kawasan ini dan kelebihan kali ini kerana kerajaan negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dua-dua daripada BN.

“Kesinambungan ini dalam manifesto saya, paling penting memohon sokongan kerajaan negeri daripada Tuanku Sultan Johor untuk iktiraf Pengerang sebagai sebuah daerah. Yang lebih penting hospital daerah kami jauh di Kota Tinggi walaupun ada Lebuhraya Senai-Desaru tetapi perjalanan termasuk ke hospital swasta mengambil masa lebih kurang 40 minit,” katanya selepas bertemu penduduk di Felda Semenchu, di sini.

Beliau bukan sahaja memikirkan kebajikan warga Pengerang, malah orang luar seperti pelancong yang menetap di hotel bertaraf enam, tujuh bintang yang ada di Desaru.

“Kalau berlaku kemalangan hendak pergi hospital kerajaan ambil masa. Hospital swasta ada kes-kes mereka tidak ambil.

“Tetapi hospital kerajaan dengan doktor pakar yang ada akan memberi banyak manfaat kepada masyarakat. Bukan sahaja untuk orang tempatan, malah juga untuk pelancong.

“Di sini setiap hujung minggu bila Covid-19 sudah reda kiraan Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) terhadap kereta yang masuk adalah sebanyak 5,000 orang yang mahu bercuti sebab pintu masuk utama Lebuhraya Senai-Desaru,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya