Pengawal keselamatan maut motosikal bergesel langgar kereta

Pengawal keselamatan maut motosikal bergesel langgar kereta

KEMALANGAN maut membabitkan seorang penunggang motosikal di Jalan Bukit Selambau-Teloi di Sungai Petani, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang pengawal keselamatan maut selepas motosikal ditungganginya terlibat dalam kemalangan akibat bergesel dengan sebuah motosikal lain di Jalan Bukit Selambau-Teloi, di sini malam tadi.

Kemalangan kira-kira 9.30 malam itu menyebabkan mangsa, Mohammad Fitri Mohammad Saleh yang berusia 27 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan mendapati kemalangan itu dipercayai berlaku apabila motosikal Yamaha Y15ZR ditunggang mangsa sedang bergerak dari arah Teloi ke Bukit Selambau.

“Tiba di lokasi kejadian berdekatan Loji Air Bukit Selambau, motosikal mangsa bergesel dengan sebuah motosikal jenis Honda RS150 yang dinaiki seorang lelaki yang merupakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU),” katanya di sini, hari ini.

Kata Zaidy, akibat hilang kawalan, lelaki OKU berusia 25 tahun itu terjatuh ke bahu jalan, manakala mangsa terpelanting ke bahagian tengah jalan.

“Mangsa yang berasal daripada Kampung Kurnia Jaya, Bedong di sini kemudiannya dilanggar sebuah kereta Toyota Vios yang datang dari arah bertentangan kerana tidak sempat mengelak menyebabkan dia maut serta merta.

“Penunggang motosikal OKU yang bekerja sendiri dan pemandu kereta terbabit iaitu seorang operator kilang wanita berusia 32 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Kata Zaidy, mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini untuk proses saringan Covid-19 dan bedah siasat. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya