Pengantin datang mengundi lepas bersanding

Pengantin datang mengundi lepas bersanding

SHAH Eskandar Abd. Ghafar Azmi dan Nurul Amirah Anuar berbusana pengantin ketika mengundi di pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan. -UTUSAN/AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sepasang pengantin tidak melepaskan peluang untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebaik selesai majlis persandingan mereka di Taman Tuanku Jaafar di sini.

Raja sehari itu, Shah Eskandar Abd Ghafar Azmi dan Nurul Amirah Anuar tiba di pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tuanku Jaafar kira-kira pukul 4.30 petang. 

Raja sehari itu, Shah Eskandar Abd Ghafar Azmi dan Nurul Amirah Anuar tiba di pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tuanku Jaafar kira-kira pukul 4.30 petang. 

Menurut Shah Eskandar, 25, hanya dia yang menunaikan tanggungjawab mengundi di situ manakala isterinya mengundi di Sikamat di sini.

Katanya, dia mengambil kesempatan itu untuk hadir dengan busana pengantin bersama isterinya yang juga berusia 25 tahun.

“Kami sudah diijab kabul pada 11 November lepas selepas hampir dua tahun berkenalan melalui Instagram. 

“Berkenaan tarikh hari ini, ia merupakan majlis sanding sebelah keluarganya dan telah ditetapkan sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat pengumuman tarikh pengundian lagi,” katanya ketika ditemui

Tambahnya, dia berasa lega kerana telah menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia pada PRU15 ini. 

“Kami teruskan majlis sepertimana yang dirancang dan Alhamdulillah ia tidak menganggu majlis sebaliknya memberi pengalaman berharga buat kami.

“Tarikh hari ini cukup bermakna buat kami dan berharap negara akan lebih stabil, makmur dan sejahtera dengan pembentukan kerajaan baharu pada pilihan raya ini,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya