Penduduk Taman Sri Muda dinasihat letak kenderaan tempat tinggi

Penduduk Taman Sri Muda dinasihat letak kenderaan tempat tinggi

SEBUAH rumah di Seksyen 25, Shah Alam, Selangor sudah dinaiki air setelah hujan turun sejak 3 petang tadi. -UTUSAN/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penduduk di Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini, dinasihatkan supaya meletakkan kenderaan mereka di kawasan lebih tinggi.

Dalam satu hebahan yang dibuat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), tindakan ini sebagai salah satu langkah berjaga-jaga sekiranya berlakunya banjir di kawasan tersebut.

“Untuk makluman, tempat letak kereta Pasar Moden Seri Muda dibuka kepada orang ramai untuk meletakkan kenderaan,” hebahnya dalam laman rasmi Facebooknya, sebentar tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim mengesahkan terdapat kenaikan air yang berlaku ketika ini di kawasan tersebut.

Namun menurutnya, kenaikan air masih dalam keadaan terkawal dan tidak terlalu tinggi setakat ini. Beberapa anggota daripada beberapa bahagian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam membuat tinjauan sejak petang tadi,” ujarnya ketika dihubungi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN