Penduduk Bandar Tun Razak harap mudahkan urusan penjaja kecil

Penduduk Bandar Tun Razak harap mudahkan urusan penjaja kecil

PENDUDUK Bandar Tun Razak berharap supaya kilinik kesihtan di kawasan tersebut ditambah-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHERAS: Mudahkan urusan penjaja kecil mendapatkan lesen perniagaan; itu antara keluhan penduduk Bandar Tun Razak kepada semua calon yang bertanding bagi merebut kerusi Parlimen 124 (P124).

Tinjauan Utusan Malaysia terhadap beberapa penduduk di kawasan perumahan Sri Penara mendapati, ada antara mereka yang telah memohon lesen tersebut sejak tahun 2013 namun kini sudah tidak lagi berniaga kerana putus asa dengan jawapan yang diberikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kata mereka, siapa pun yang diberikan mandat sebagai wakil rakyat bagi P124 nanti, individu itu perlu menyelesaikan isu ini memandangkan ramai penduduk tempatan yang menyara hidup dengan menjaja secara kecil-kecilan.

Bagi Suraya Abdullah, dia berharap urusan lesen penjaja bagi kawasan Bandar Sri Permaisuri, Cheras yang terletak di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak dapat diselesaikan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 dengan adanya wakil rakyat baharu bagi memudahkan warga setempat mencari pendapatan.

“Macam lesen penjaja, DBKL tak pernah luluskan lagi. Dari dulu mohon, masa saya berniaga, tapi tak pernah diluluskan. Apabila saya bertanya, mereka kata tak tahu bila boleh luluskan.

“Sekarang saya sudah tidak berniaga lagi, tapi saya pernah memohon masa tahun 2013. Saya pun sebenarnya tidak larat juga kalau kerap kena bayar saman sebab tiada lesen. Tahun terakhir saya berniaga adalah pada 2016.

“Semasa musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dulu pun saya ada berniaga juga sebab pada waktu itu DBKL ada beri lesen sementara yang boleh digunakan perlu diperbaharui setiap enam bulan,” katanya yang pernah berniaga nasi lemak sebelum ini.

Seorang lagi penduduk, Aishah Ali menzahirkan harapannya agar ada tindakan yang sewajarnya dikenakan kepada mana-mana pemilik kedai runcit yang menaikkan harga barangan dengan kadar yang tidak munasabah.

“Kalau kita tengok, harga tepung di KK Mart baru RM2.60 tetapi di kedai runcit biasa, boleh cecah sampai RM3.70. Harga yang mereka letak lebih mahal dan macam mana peniaga nak ada untung dengan harga macam tu.

Bagi kawasan tersebut, tiga calon bertanding iaitu Che Yin Chuan (BN), Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH) dan Datuk Kamaruddin Jaafar daripada Perikatan Nasional.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN