Pendarahan paru-paru Nad Zainal berkurangan, tahap oksigen meningkat

Pendarahan paru-paru Nad Zainal berkurangan, tahap oksigen meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bapa Nad Zainal, Zainal Abidin, 63, bersyukur apabila keadaan pelakon itu mula menunjukkan perkembangan positif, berbanding dua hari lalu.

Katanya, Nad yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di ibu kota bagaimanapun, masih ditidurkan dan terus diletakkan di bawah pemantauan doktor.

“Dua hari lepas keadaannya memang teruk. Namun, setakat petang semalam, dia menunjukkan perkembangan positif.

“Doktor ada memaklumkan, pendarahan dalam paru-parunya yang sebelum ini banyak, kini sudah berkurangan. Namun, rawatan dengan ubat-ubatan tetap diteruskan.

“Kita harap dia keadaanya akan bertambah baik dan tidak lagi bergantung kepada alat pernafasan,” ujarnya ketika ditemui, malam tadi.

Nad dimasukkan ke ICU sejak beberapa hari lalu apabila mengadu tidak sihat dan mengalami sakit dada serta kesukaran bernafas, selain gastrik.

Keadaan pelakon itu beberapa hari lalu dilaporkan bertambah kritikal selepas doktor mengenal pasti berlaku jangkitan pada paru-parunya, selain pendarahan teruk pada organ tersebut.

Zainal memaklumkan, anaknya itu ada mengadu sakit dada sebelum ini, namun menganggap keadaan itu sebagai perkara biasa.

“Saya hubungi ambulans untuk segera bawa dia ke hospital selepas keadaannya bertambah teruk.

“Ketika itu, dia banyak berdiam dan pendam sahaja,” jelasnya.

Zainal pada masa sama, meluahkan perasaan syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan Nad.

“Terima kasih kerana mendoakan dan menganjurkan bacaan Yasin untuk dia. Semoga Nad segera sembuh,” katanya lagi.

Sementara itu, pelakon Ungku Aziz yang turut berada di hospital memaklumkan, tahap oksigen dalam badan Nad menunjukkan peningkatan berbanding beberapa hari sebelum ini.

“Bacaan kadar oksigen dalam badannya meningkat daripada 78 peratus kepada 90 hingga 91 peratus setakat semalam.

“Namun, keadaannya masih kritikal. Diharapkan semua dapat terus mendoakan dia segera sembuh sepenuhnya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya