Ada pihak suntik elemen kaum, agama

Pemilihan kerajaan tidak sepatutnya babitkan sentimen kaum, agama – Johari

1mdb
Johari Abdul Ghani dilantik oleh Perdana Menteri untuk mengetuai pasukan petugas khas menyelesaikan isu-isu berkaitan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketika seluruh negara menanti penuh debar pelantikan Perdana Menteri Ke-10, ada pihak tidak bertanggungjawab menyuntik sentimen agama dan bangsa demi kepentingan politik.

Ahli Parlimen Titiwangsa dari Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, sikap itu tidak sepatutnya wujud terutama dalam pembentukan sesebuah kerajaan dan pemilihan pemimpin untuk menerajui negara kerana ia hanya merosakkan keharmonian negara berbilang kaum dan agama.

“Adalah sangat mendukacitakan, ketika perbincangan isu penubuhan kerajaan, ada pihak membelakangkan prinsip penubuhan negara ini dengan menggunakan isu agama dan bangsa demi kepentingan politik.

“Pemikiran sempit dan jumud ini tidak sepatutnya ada dalam negara yang sudah merdeka 65 tahun.

“BN sejak diwujudkan sentiasa menghormati kepelbagaian kaum dan agama yang diamalkan di negara ini. Malah semasa pemerintahan BN selama 61 tahun negara ditadbir berdasarkan pelbagai kaum, agama dan bangsa,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, hari ini.

Kepelbagaian kaum yang dimiliki BN ini katanya, adalah aset yang sangat berharga sehinggakan ekonomi negara dapat dibangunkan dengan begitu baik semasa zaman BN memerintah.

“Negara telah beralih  daripada sebuah negara pertanian yang mundur sehingga menjadi antara ekonomi terbesar diantara negara ASEAN.

“Ini adalah kerana BN sentiasa melihat pembabitan kepelbagaian kaum adalah salah satu faktor penting menentukan kejayaan negara ini.

“Negara ini berjaya mencapai tahap kestabilan politik yang tinggi kerana kita menghormati semua kaum dan sanggup bekerjasama tanpa mengira bangsa, agama, adat resam dan perbezaan sosio ekonomi.

“Malah sewaktu kerajaan Keluarga Malaysia dan Perikatan Nasional yang dibubarkan sebelum pilihan raya umum ke-15 dan diketuai Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri mewujudkan perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) dengan pembangkang iaitu Pakatan Harapan dan DAP sehingga beliau dapat memerintah selama 14 bulan tanpa masalah.

“Tidak timbul isu ketika itu sama ada PH dianggotai oleh DAP.

Johari juga berkata sejarah PRU Tahun 2008, Kerajaan BN Negeri Selangor hilang kuasa apabila BN hanya ada 20 kerusi, PAS 15 kerusi dan PH 21 kerusi.

“Manakala di Perak perkara yang sama berlaku BN 28 kerusi, Pas enamkerusi dan PH 25 kerusi.

“Tiada parti yg mendapat majoriti tetapi Pas memilih untuk bekerjasama dengan PH( PKR & DAP).

“BN pada masa itu menerima dengan hati yang terbuka. Sebab kita percaya kepada konsep kongsi kuasa berbagai kaum,” katanya.

Johari juga berkata, beliau sendiri memenangi kerusi Titiwangsa dengan  majoriti 4,632 undi dengan sokongan semua kaum di parlimen berkenaan.

Justeru. katanya. adalah sangat mendukacitakan ketika perbincangan isu penubuhan kerajaan, ada pihak membelakangkan prinsip penubuhan negara ini dengan menggunakan isu agama dan bangsa demi kepentingan politik.

“Pemikiran sempit dan jumud ini tidak sepatutnya ada dalam negara yang sudah merdeka 65 tahun,” katanya kecewa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya