Pembentukan BN-PH di Perak ketepi Dewan Tertinggi BN

Pembentukan BN-PH di Perak ketepi Dewan Tertinggi BN – Ka Siong

WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) tidak pernah berbincang tentang kerjasama BN dan Pakatan Harapan (PH) yang bergabung membentuk Kerajaan Negeri Perak. 

Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, ini kerana mesyuarat Dewan Tertinggi BN belum diadakan setakat ini, selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Saya sebagai Presiden MCA dan Naib Pengerusi BN tidak pernah dirujuk atau dimaklumkan langsung. Entah dari mana keputusan itu dicapai! Dewan Tertinggi BN diketepikan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Terdahulu, BN dan PH melalui kenyataan bersama bersetuju mengadakan kerjasama bagi membentuk kerajaan negeri di Perak.

Pembentukan kerjasama menerusi gabungan dua parti itu memperoleh sokongan 33 ADUN, sekali gus melepasi majoriti mudah 30 kerusi untuk menubuhkan kerajaan negeri.

Susulan itu, Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Seri Saarani Mohamad, dijadual mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak petang ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya