KUALA LUMPUR : Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba dilihat memasuki Istana Negara sekitar pukul 10.20 pagi.
Hari ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitah menganjurkan satu Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara.
Menurut Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, perbincangan khas ini adalah bertujuan mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu bagi membolehkan Seri Paduka Baginda membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat. –UTUSAN