Pemandu kereta sewa perlu dibantu RM300 sebulan

Pemandu kereta sewa perlu dibantu RM300 sebulan

MOHD Bakri Mustapa (dua dari kiri) ketika mengadakan pertemuan dengan pemandu kereta sewa di Tanah Merah, Kelantan. - UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Tanah Merah, Mohd. Bakri Mustapa mahu membela nasib pemandu kereta sewa di Dewan Rakyat jika diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Mohd. Bakri berkata, golongan ini perlu diberikan bantuan bulanan sebanyak RM300 bagi memastikan nasib mereka terbela ekoran perkhidmatan berkenaan tidak lagi menjadi pilihan ramai.

Menurutnya, kebanyakan golongan terdiri dalam kalangan warga emas lebih 30 tahun menyara keluarga dengan bekerja sebagai pemandu kereta sewa.

“Purata pendapatan golongan ini hanyalah sekitar RM 300 hingga RM 500 sebulan sahaja. Perkara ini amat membebankan pemandu kereta sewa dalam mengharungi suasana ekonomi mencabar ketika ini.

“Menyedihkan lagi, ada dalam kalangan mereka terpaksa pulang dengan tangan kosong walaupun keluar rumah seawal pukul 8 pagi untuk mencari rezeki,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mohd. Bakri memberitahu, sehingga kini nasib pemandu teksi masih tidak terbela dan dia mahu menjadikan perkara itu sebagai salah satu agenda.

Katanya, dia akan berusaha menyalurkan bantuan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pemandu kereta sewa ini sehingga perkara ini dapat diusulkan ke peringkat lebih tinggi. – UTUSANhttp://utusan.com.my

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya