Pekerja asing dibenar untuk sub sektor gudang darat

Pekerja asing dibenar untuk sub sektor gudang darat

KDN mengekalkan keputusan tarikh akhir pengambilan pekerja asing sektor formal menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 adalah pada 31 Mei ini. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Majikan di seluruh negara dibenarkan untuk menggaji pekerja asing dalam sektor kecil gudang darat berkuat kuasa serta-merta termasuk sub sektor peniaga runcit.

 Menurut kenyataan Kementerian Sumber Manusia, langkah itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Ke-7 antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia pada 18 Julai lalu dengan kemudian melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk sektor kecil borong serta runcit.

Kementerian itu juga bertindak selaku agensi kawal selia untuk kedua-dua sub sektor ini bagi peniaga dengan keluasan lantai kurang 2,500 meter persegi.

Susulan kebenaran itu, mereka dapat menggaji pekerja asing dengan memohon kuota baharu yang dibuka dan permohonan boleh dibuat majikan melalui laman www.fwcms.com.my.

Bagaimanapun jelas kenyataan itu, jika ada sebarang pertanyaan, majikan tersebut diminta menghubungi Bahagian Pengurusan Pekerja Migran Kementerian Sumber Manusia menerusi talian 03-8885 2939 atau 2940 selain menerusi e-mel kepada [email protected] atau menghubungi agensi kawal selia yang ditetapkan kerajaan.

 Bagi sub sektor gudang darat, majikan diminta berurusan dengan Unit Logistik Perdagangan, Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa di Kementerian Pengangkutan yang boleh dihubungi melalui talian 03-8892 1278 atau e-mel [email protected] atau 03-8892 1268 atau e-mel [email protected].

 Untuk sub sektor borong dan runcit, ,majikan diminta menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran Perniagaan dan Industri Perkhidmatan menerusi e-mel [email protected]. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya