Peja ketuai rundingan bentuk DUN Perak? 

Peja ketuai rundingan bentuk DUN Perak? 

AHMAD FAIZAL AZUMU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu didakwa mengetuai rundingan untuk membentuk Kerajaan Negeri Perak. 

Memetik laporan Free Malaysia Today (FMT), Timbalan Pengerusi PN itu dipercayai mengetuai perbincangan dengan Barisan Nasional (BN) dalam usaha menubuhkan kerajaan gabungan. 

Spekulasi berhubung peranannya sebagai ketua perunding timbul selepas tewas dalam saingan di Parlimen Tambun kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahmad Faizal yang lebih dikenali sebagai Peja bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu. 

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan,  BN akan menjadi king maker dalam pembentukan Kerajaan Negeri Perak setelah PN dan Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai majoriti sekurang-kurangnya 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menjadi kerajaan. 

PN mempunyai 26 kerusi manakala PH 24 kerusi, menyebabkan kerajaan negeri tergantung manakala BN menang sembilan kerusi. 

Dalam keadaan itu, PN atau PH perlu mencari rakan gabungan untuk menubuhkan kerajaan negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya