Peja balas teriakan 'pengkhianat' dengan 'I love you' - Utusan Malaysia

Peja balas teriakan ‘pengkhianat’ dengan ‘I love you’

AHMAD Faizal Azumu (tengah) bersama penyokong PN pada proses penamaan calon PRU15 Parlimen Tambun di ILP, Meru di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Penyandang Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang terkenal dengan sikapnya yang gemar berjenaka mencuri tumpuan pada proses penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Parlimen Tambun apabila membalas laungan ‘pengkhianat’ daripada penyokong lawan dengan menyebut ‘I love you’.

Ini berlaku ketika Ahmad Faizal yang diiringi calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Hulu Kinta, Puteri Holijah Muhamad Rali (Bersatu) dan calon DUN Manjoi, Hafez Sabri daripada Pas berjalan dari tempat penyokong mereka berkumpul menuju ke di Pusat Penamaan Calon di Institut Latihan Perindustrian (ILP) di Meru di sini hari ini.

Ketika berjalan di hadapan kumpulan penyokong Pakatan Harapan (PH), penyokong lawan melaungan perkataan ‘pengkhianat’, merujuk kepada tindakan Ahmad Faizal dan partinya Bersatu, meninggalkan PH.

Namun, Ahmad Faizal hanya tersenyum dan melambai ke arah penyokong PH sambil membalas laungan mereka dengan ucapan ‘I love you’ sebelum terus bergerak menuju pintu masuk bangunan ILP.

Proses penamaan calon bertanding bagi kerusi Parlimen Tambun di ILP berjalan lancar tanpa ada sebarang kekecohan.

Parlimen Tambun menyaksikan pertembungan empat penjuru di antara calon PKR, Barisan Nasional (BN), PN dan Pejuang.

Saingan lebih terarah di antara Ahmad Faizal dan Pengerusi PH,  Datuk Seri Anwar Ibrahim; calon Barisan Nasional (BN) dan Datuk Aminuddin Md Hanafiah dan calon Pejuang, Abdul Rahim Tahir.

Pencalonan mereka diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRU15 Parlimen Tambun, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya