Pegawai, anggota Kem Lok Kawi mulakan undi awal

Pegawai, anggota Kem Lok Kawi mulakan undi awal

ABDUL Rahman A.Wahab menjadi individu pertama mengundi awal di Kem Lok Kawi di Putatan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Proses undi awal di Kem Lok Kawi di Pusat Mengundi Sekolah Agama Rakyat (SAR) bermula seawal 8 pagi tadi berjalan lancar.

Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Abdul Rahman A. Wahab mendahului pegawai, anggota dan keluarga menunaikan tanggungjawab mengundi awal.

Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilihat membawa masuk peti undi seawal 6.30 pagi dan pusat mengundi dijangka tutup pada pukul 5 petang.

Hari pengundian awal di Kem Lok Kawi membabitkan lima saluran bagi memastikan kelancaran proses undian.

Kem Lok Kawi berada di bawah Parlimen Putatan menyaksikan persaingan empat penjuru antara calon mewakili Pakatan Harapan (PH) Awang Husaini Sahari, Datuk Shahelmey Yahya dari Barisan Nasional, Ahmad Mohd. Said dari Parti Warisan (Warisan) dan Poyne Tudus @ Patrick Payne dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang). –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya