Pasukan berwibawa BN laksana tawaran baharu Padu

Pasukan berwibawa BN laksana tawaran baharu Padu

Pasukan BN bersedia memberikan terbaik demi menterjemahkan Padu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) mahu membentuk satu pasukan berilmu, pengalaman dan berwibawa di dalam menjadikan tawaran baharunya iaitu Perancangan Amal dan Usaha (Padu) menjadi realiti sekiranya mendapat mandat dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pasukan yang dibentuk pihaknya akan didukung dan diusahakan dengan mengumpul bakat-bakat terbaik dalam kalangan calon yang terpilih.

“Pasukan yang jiwa dan raga mereka, didedikasikan kepada rakyat dan negara tercinta. Pasukan yang bersedia memberikan yang terbaik demi menterjemahkan Padu.

“Namun, BN tidak boleh berseorangan dalam ikhtiar besar ini. Kami memerlukan sokongan dan penglibatan semua. Sesungguhnya 99 amal dan usaha yang kami nukilkan dalam Padu ini adalah sesuatu yang kami rasakan terbaik untuk negara dan masyarakat kita,” katanya dalam pengumuman Manifesto BN hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, beliau menyerahkan kepada semua rakyat untuk mempertimbangkan demi menentukan masa depan negara.

Beliau mengakui pelan itu bukan yang sempurna tetapi seluruh pasukan BN percaya, ia mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri.

“Dengan rendah hati, saya menyeru sokongan dan doa daripada semua. Semoga apa yang kita lakukan bersama ini membuahkan hanya yang terbaik untuk tanah air, Insya Allah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya