PETALING JAYA: Pas yakin Perikatan Nasional (PN) dapat membentuk kerajaan Pusat berdasarkan keputusan awal Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya akan berbincang dengan rakan-rakan PN untuk membentuk kerajaan dan Kabinet yang bakal diterajui mereka dengan secepat mungkin.
“Kemenangan ini adalah hasil kerjasama antara ahli-ahli dan rakan-rakan dalam PN yang bekerja keras sejak awal lagi. Kami merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang beri kepercayaan kepada PN dan Perikatan Nasional (PN) sekali lagi.
“Kami sedaya upaya mungkin untuk melaksanakan tawaran dijanjikan dan meneruskan Agenda Sejahtera Induk Negara 2021,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Agung Pas malam ini. – UTUSAN