Pas 'nikah' dengan BN pandangan peribadi Takiyuddin - Utusan Malaysia

Pas ‘nikah’ dengan BN pandangan peribadi Takiyuddin

NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Majlis Syura Ulamak Pas (MSUP) melihat andaian Pas mungkin ‘bernikah’ dengan Barisan Nasional (BN) sekiranya gagal mendapat majoriti penuh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sekadar pandangan peribadi yang dilontarkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Setiausahanya, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, beliau percaya pandangan itu bukan atas kapasiti sebagai Setiausaha Agung Pas.

“Itu kenyataan Takiyuddin dan bukan Setiausaha Agung Pas. Jadi perkara itu perlu dibezakan dan ada kadangkala dimanipulasikan oleh sesetengah pihak.

“Untuk makluman semua, perkara membaitkan hubungan antara Pas dengan parti-parti lain mesti diputuskan oleh MSUP,” katanya pada sidang akhbar harian Perikatan Nasional (PN) di Pejabat Perhubungan Pas Negeri Kelantan, di sini hari ini.

Calon Pas di Parlimen Pasir Puteh itu memberitahu, andaian Takiyuddin sebagai perkara biasa di dalam parti.

“Saya pun ada membuat andaian itu dan ini. Maka ia adalah pandangan biasa yang dibuat secara peribadi. Setakat ini tiada apa yang diputuskan sama ada di pihak Pas atau PN berhubung perkara itu,” jelasnya.

Media tempatan hari ini melaporkan, Perikatan Nasional (PN) yakin dapat membentuk kerajaan hasil gabungan dengan parti lain, terutama BN pada PRU15.

Takiyuddin berkata, beliau menjangkakan BN akan menerima penggabungan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya