Parti Aspirasi tarik diri saat akhir bagi kerusi Puncak Borneo

Parti Aspirasi tarik diri saat akhir bagi kerusi Puncak Borneo

WILLIE Mongin (tiga kiri) di Pusat Penamaan Calon, di Siburan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADAWAN: Kerusi Puncak Borneo menyaksikan persaingan tiga penjuru pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) selepas calon Parti Aspirasi George Young Si Record menarik diri di saat akhir

Tiga calon yang bertanding ialah calon GPS, Datuk Willie Mongin, yang merupakan penyandang kerusi dan akan ditentang calon Pakatan Harapan Diog Dios dan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Iana Akam.

Calon awal PSB Tomson Ango memberi laluan kepada Iana juga di saat akhir.

George yang sebelum ini diumumkan presiden Aspirasi Lina Soo sebagai calon parti itu, menarik diri atas alasan menurut Lina tidak bersetuju PRU15 diadakan lebih awal dan musim banjir.

Lebih 1,000 penyokong GPS dari tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Serumbu, Mambong dan Tarat datang untuk memberi sokongan moral kepada Willie di pusat penamaan calon di Pejabat Daerah Siburan.

Turut hadir untuk mengiringi Willie ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat Datuk Roland Sagah, ADUN Mambong Datuk Dr Jerip susil dan ADUN Serumbu Miro Simuh.

Sementara kira-kira 30 penyokong Pakatan Harapan turut hadir untuk memberi sokongan kepada Diog. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya