Parlimen Batu kembali ditandingi MCA

Parlimen Batu kembali ditandingi MCA

WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pucuk kepemimpinan Barisan Nasional (BN) setuju kerusi Parlimen Batu ditandingi MCA, bukan MIC seperti diumumkan semalam.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, wakil parti tersebut, Datuk Seri Yew Teong Look bakal bertanding di Parlimen itu menggantikan calon MIC, Datuk Kohilan Pillay.

Katanya,  keputusan itu dipersetujui pucuk kepemimpinan BN dan mengesahkan kerusi tersebut kekal milik MCA bukan MIC seperti  diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Mengikut persetujuan, MCA menyerahkan Padang Serai kepada MIC dan kerusi Batu kekal milik kami. Selepas perbincangan semula dengan Pengerusi BN, kami mengesahkan wakil kerusi Batu adalah Yew Teong Look.

“Saya menjelaskan situasi ini bagi menjernihkan kekeliruan yang berlaku. Teong Look merupakan Pengerusi MCA Wilayah selama dua penggal dan anak jati Batu,” katanya dalam sidang akhbar khas di Wisma MCA, di sini, hari ini.

Kerusi Batu disandang wakil PKR, M. Karupaiya yang menewaskan calon BN, Datuk Dr. Leong Yong Kong dan Pas, Muhamad Sobri Osman dengan majoriti 8,813 undi pada PRU-14.

Dalam pada itu, Ka Siong berkata, pihaknya menerima dengan hati terbuka apabila pucuk pimpinan bn meletakkan wakil UMNO, Mohd. Shafei Abdullah sebagai calon merebut kerusi Parlimen Wangsa Maju yang sebelum ini diwakili MCA.

“Pertukaran itu bukan satu isu. Kami mengikut apa yang telah dibincangkan. Kami terima keputusan ini atas prinsip persahabatan. 

“Kami juga sudah menandatangani akujanji untuk terus berusaha dan bertungkus-lumus demi mencapai kemenangan dalam PRU15,” katanya.

Kerusi Parlimen Wangsa Maju disandang Dr. Tan Yee Kew (PKR) yang menewaskan wakil BN, Yew Teong Look dan Pas, Razali Tumirin dengan majaroti 24,238 undi pada pilihan raya umum lalu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya