‘Pacak bendera membazir, kos boleh bantu orang miskin’ 

‘Pacak bendera membazir, kos boleh bantu orang miskin’ 

PENGGUNAAN bahan kempen secara melampau parti politik dilihat sebagai satu pembaziran. -GAMBAR HIASAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Calon Bebas P125 Putrajaya, Samsudin Mohamad Fauzi menyifatkan penggunaan bahan kempen secara melampau oleh parti politik ketika ini dilihat sebagai satu pembaziran.

Menurutnya, kos menyediakan bahan kempen termasuk bendera dan poster bukanlah murah dan ia dilihat membazir di saat rakyat berdepan kesukaran hidup.

“Dana bagi bahan kempen itu sebenarnya boleh digunakan untuk membantu golongan yang memerlukan.

“Bayangkan, kos satu bendera sahaja antara RM3 hingga RM6 ditambah pula kos batang pemacak sekitar RM2 hingga RM4. Anda boleh kira berapa banyak bendera itu dipacak di satu-satu kawasan.

“Bendera parti yang kita lihat kini dipasang di merata-rata tempat termasuk di sepanjang jalan, laluan strategik, persimpangan lampu isyarat, 

“Kita ambil contoh kos untuk sebatang bendera dipacak sekitar RM10. Bayangkan kos yang digunakan bagi satu presint, kampung dan seluruh negara,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

SAMSUDIN MOHAMAD FAUZI

Samsudin berkata, zaman sudah berubah seiring perkembangan teknologi, justeru bentuk kempen juga perlu diperluaskan khususnya menerusi media sosial.

“Cara berkempen seperti zaman dahulu tidak lagi wajar kerana pelbagai saluran dan medium tersedia untuk mendekati hati rakyat,” katanya.

Katanya, sebagai contoh, calon yang bertanding juga boleh menyimpan dana bahan kempen dan gunakannya kemudian hari untuk menunaikan janji dan manifesto jika terpilih sebagai ahli Parlimen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya