‘Orang ramai tidak lagi pandang semacam bila pakai baju BN’ 

‘Orang ramai tidak lagi pandang semacam bila pakai baju BN’ 

HIZATUL Isham Jalil (tiga dari kiri) bergotong-royong bersama penduduk Seksyen 8 membersihkan rumah seorang penduduk OKU, di Shah Alam, Selangor.- UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Shah Alam, Hizatul Isham Jalil semakin positif dengan pendekatan tidak menyerang peribadi calon lain di kawasan Parlimen tersebut.

Menurut Hizatul Isham, kaedah menyerang peribadi biarlah dilakukan parti lain daripada Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) atau parti-parti lain yang bertanding.

“Saya dari hari pertama kempen hingga ke hari ini kekal dengan kempen positif tanpa perlu saya merendahkan calon lain.

“Walaupun poster kempen saya dikhianati oleh pihak tertentu, biarlah mereka minta maaf dengan tuhan. Itu perkara biasa dalam politik, orang khianat dengan kita, kita jangan khianat dengan mereka, biarlah mereka ditimpa kifarah,” katanya ketika hadir program gotong-royong membersihkan rumah Orang Kelainan Upaya (OKU) di Seksyen 8 hari ini.

Hizatul Isham berkata, pada pusingan kedua menjelang pengundian sabtu ini kempen sudah mula agresif dengan insiden melemparkan cat pada poster calon, namun ia tidak memberi kesan kepada dirinya.

Mengulas mengenai kempen pusingan kedua di kawasan golongan M40 dan T20 sekitar bandar raya Shah Alam, penerimaan amat baik dan berbeza dengan PRU14.

“Saya tidak menyangka sambutan baik diterima penduduk setempat di kawasan seperti Bukit Jelutong dan Setia Alam yang merupakan kawasan kubu kuat PH. Sebelum ini jika kita  memakai baju BN orang sudah pandang semacam, kini segalanya sudah berubah.

“Semasa saya masuk ke surau di kawasan kubu Khalid Abdul Samad (Ahli Parlimen Shah Alam sebelum ini) sambutan baik diterima dengan senyuman, dan ahli kariah sudi bergambar dengan saya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya