‘Orang Melayu masuk DAP macam-macam kena maki’

‘Orang Melayu masuk DAP macam-macam kena maki’

SYAHREDZAN Johan bersama bapanya, Tan Sri Johan Jaaffar dan ibunya ketika berarak menuju ke Pusat Penamaan Calon PRU15 Parlimen Bangi. - GAMBAR IHSAN PH BANGI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Bangi, Syahredzan Johan menegaskan, penyertaannya dalam DAP bagi memperjuangkan hak rakyat adalah satu tindakan tepat. 

Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, parti itu adalah satu wadah perjuangan untuk semua kaum tanpa mengira siapa sahaja. 

“Saya tidak pernah walau sekali pun menyesal membuat keputusan masuk DAP untuk berjuang dalam politik kerana dalam parti ini, semua kaum ada tempat.

“Orang Melayu masuk DAP macam-macam kena cerca dan maki hamun serta kena panggil pelbagai gelaran, malah saya sendiri pun kena,” katanya ketika berucap dalam Mega Ceramah PH di Bandar Damai Perdana, malam semalam.

Syahredzan yang juga seorang peguam berkata, apabila menjadi ahli DAP, beliau berkhidmat dalam kapasiti sendiri dengan memberi tumpuan kepada hak keadilan dan kebajikan kepada semua yang tertindas dengan undang-undang yang tidak adil. 

“Saya berjuang kerana rakyat, malah perjuangan DAP tidak seperti parti lawan kerana kita berjuang untuk masa depan yang makmur dan adil. 

“Namun tidak disangkakan, saya dicalonkan untuk Parlimen Bangi dan saya harap, rakyat dapat memberi peluang kepada saya untuk membawa suara Bangi di Parlimen dan dalam kerajaan,” katanya. 

Beliau yang merupakan anak kepada Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaafar berkata, Pakatan Harapan berjuang bagi memastikan Malaysia dipimpin sebuah kerajaan untuk semua kaum. 

“Sebab itu juga, kita kena ada kerajaan pentingkan rakyat bukannya warna kulit atau sebagainya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya