Nutri Malt tidak layak mohon sijil halal - Jakim

Nutri Malt tidak layak mohon sijil halal – Jakim

NUTRI Malt keluaran Carlsberg Brewery Malaysia Bhd disahkan tidak memiliki dan tidak layak memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Minuman jenama Nutri Malt keluaran Carlsberg Brewery Malaysia Bhd disahkan tidak memiliki dan tidak layak memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Perkara itu dimaklumkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi kenyataan akhbar hari ini sebagai reaksi tular membabitkan minuman itu.

Menurutnya, minuman itu tidak layak memohon SPHM berdasarkan ketetapan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 Klausa 6 (2).

“Selaku pihak berkuasa pensijilan halal Malaysia, kami menyarankan agar umat Islam memilih produk yang memiliki SPHM kerana ia dijamin halal. SPHM hanya dikeluarkan mengikut garis panduan dan perundangan berkaitan halal yang ditetapkan di negara ini,” katanya.

Katanya, semakan status halal produk atau premis makanan boleh dibuat menerusi Portal Rasmi Halal Malaysia (https://tinyurl.com/yujuuxch), aplikasi telefon pintar SmartHalal.

Jelasnya lagi, sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular boleh layari laman Facebook Bahagian Hab Halal, Jakim.

Terdahulu, tular di media sosial seorang lelaki menunjukkan minuman itu dijual di sebuah kedai serbaneka 24 jam dan diletakkan di dalam peti sejuk bersama minuman yang memiliki logo halal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya