Negara perlukan reformasi tanpa penyelewengan, rasuah - Anwar

Negara perlukan reformasi tanpa penyelewengan, rasuah – Anwar

ANWAR Ibrahim menyampaikan ucapan semasa hadir pada Perjumpaan Perdana Menteri Bersama penjawat awam di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Negara memerlukan perubahan atau reformasi kepada satu tahap kejayaan yang pernah dicapai dahulu, namun situasi itus semakin merosot dari segi ekonomi, kestabilan dan disiplin.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, keadaan itu akibat perlanggaran hukum termasuk isu-isu penyelewengan dan rasuah yang kadang-kadang ada kaitannya dengan peringkat penjawat awam.

Justeru, beliau berharap semua penjawat awam yang menjadi tonggak perkhidmatan rakyat akan sepenuhnya bersama beliau, iaitu tidak semestinya dalam erti kata fahaman politik, tetapi jalan perkhidmatan yang harus bebas, profesional dan terikat dengan semangat ikrar untuk menjadikan manusia berguna kepada keluarga dan masyarakat.

Anwar yang mengetuai Kerajaan Perpaduan itu turut membangkitkan berhubung kelemahan kepimpinan penjawat awam yang terlalu yakin dan merasakan hanya berjaya dengan ikut arahan, tetapi tidak menjadikan satu contoh yang baik.

“Jadi kita harus sama-sama bertekad berbuat sesuatu, saya gesa saudara-saudara memahami tentunya tidak boleh andaikan keadaan seperti biasa, keadaan mesti berubah dan perubahan itu dari pimpinan termasuk pimpinan perkhidmatan awam, kementerian atau jabatan.

“Kita harus menerima ini supaya saya tidak perlu terlalu runising menghadapi masalah-masalah dalam kalangan anda. Saya mengharapkan anda menghormati disiplin jika lihat ada perlanggaran, kelonggaran, kecuaian sebelumnya, itu sejararah lampau. Bukan maksud saya untuk mengorek kisah-kisah lama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 350 penjawat awam dalam pertemuan kali pertama dengan golongan berkenaan di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya