Nama calon Parlimen Kuala Nerus belum ditetapkan - Utusan Malaysia

Nama calon Parlimen Kuala Nerus belum ditetapkan

AHMAD SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Kepimpinan UMNO Pusat masih belum menetapkan nama calon yang akan bertanding di kerusi Parlimen Kuala Nerus dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, beliau mengharapkan calon yang dipilih nanti boleh menawan kerusi tersebut berdasarkan nama yang diserahkan beliau kepada pucuk pimpinan parti itu, sebelum ini.

“Kita masih menunggu satu lagi calon Parlimen, ia sedang dibincangkan, sebelum ini saya telah berbincang dengan Presiden parti (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) tentang kerusi Kuala Nerus,” katanya ketika ditemui pemberita selepas lebih 200 penyokong UMNO menyambut kepulangannya dari ibu negara di kediamannya di Teluk Kalong di sini hari ini.

Ditanya mengenai spekulasi  penyandang kerusi Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd. Khairuddin Aman Razali dipilih sebagai calon BN, Ahmad berkata, beliau enggan mengulas mengenai  perkara tersebut.

“Setakat ini saya tak boleh beri komen. Tapi saya dah bercakap dengan Presiden UMNO berkenaan perkara ini dan insya-Allah jalan penyelesaiannya ada,” jelasnya.

Mengenai barisan calon BN Terengganu yang diumumkan bertanding di tujuh Parlimen lain, Ahmad berkata, beliau yakin sekurang-kurangnya empat kerusi akan dimenangi.

“Sebagai yang disebut, sekiranya ‘line up‘ yang kita cadangkan berjalan lancar, insya-Allah kita akan menang empat dan satu lagi kerusi masih seimbang, 50-50,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya