Naik taraf sistem undi awal, Johari puji komitmen SPR

Naik taraf sistem undi awal, Johari puji komitmen SPR

JOHARI Abdul Ghani ketika hadir untuk meninjau pusat pengundian awal Rejimen 515 Askar Wataniah, Jalan Buku Lima di Kuala Lumpur hari ini.  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sistem penambahbaikan yang dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dilihat lebih memberi keselesaan kepada pengundi awal berbanding PRU sebelum ini.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pembaharuan itu dipuji dengan menjangkakan terdapat beberapa pertambahan selepas ini yang akan dibuat bagi menjamin keselesaan yang seterusnya kepada pengundi awal.

“Sistem yang telah diperkenalkan oleh SPR untuk pengundi awal merupakan satu penambahbaikan yang sangat bagus, sebab dulu saya tidak nampak bahawa tempat mengundi ini panas, tidak ada penghawa dingin. Yang ini saya tengok susunan itu bagus, selepas itu masuk di dalam, dia sediakan tempat duduk, bilik tersusun atur, ada surau, tempat berwuduk, tandas, sangat bagus…sempurna.

“Ia sangat berbeza dengan apa yang kita lihat bila pengundi awal ini datang untuk mengundi. Saya ucap tahniah kepada SPR sebab ini adalah salah satu pembaharuan yang mereka buat yang saya rasa pada masa akan datang banyak penambahbaikan pertambahan akan dibuat.

“Setakat hari ini saya nampak perubahan yang saya tengok sendiri adalah satu perubahan yang sangat meyakinkankan dimana pentadbiran SPR ini telah membuat pembaharuan yang sangat bagus dan baik kepada pengundi,” katanya selepas meninjau Rejimen 515 Askar Wataniah, Jalan Buku Lima di sini, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya