Mukhriz pertama tiba di pusat penamaan calon

Mukhriz pertama tiba di pusat penamaan calon

OTHMAN Aziz (kiri) beramah mesra bersama Mukhriz Mahathir (tengah) serta Dr. Abd. Ghani Ahmad (kanan) di Pusat Penamaan Calon Parlimen Jerlun di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, hari ini. -UTUSAN/MOHD RAFIE AZIMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjadi calon pertama yang tiba di Pusat Penamaan Calon bagi Parlimen Jerlun di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, hari ini.

Ketibaan beliau yang juga penyandang kerusi tersebut kira-kira pukul 8 pagi diiringi lebih 150 penyokongnya yang berarak sejauh 100 meter menuju ke sekolah tersebut.

Kira-kira 15 minit selepas itu, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Othman Aziz tiba bersama kira-kira 200 penyokongnya dengan diiringi alunan selawat.

Calon Perikatan Nasional (PN), Dr. Abd. Ghani Ahmad kemudiannya tiba pada pukul 8.25 pagi dengan diiringi lebih 300 penyokong yang turut mengalunkan selawat serta laungan takbir.

Kira-kira 80 penyokong Pakatan Harapan (PH) kemudiannya mengiringi calon mereka, Dr. Mohamed Fadzil Mohd. Ali.

Sehingga pukul 9 pagi, belum ada mana-mana calon bebas yang muncul di pusat penamaan calon tersebut. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya