Muhyiddin nafi akan bincang kerjasama dengan BN

Muhyiddin nafi akan bincang kerjasama dengan BN

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan parti itu akan bergabung dengan Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sepertimana yang didakwa Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan semalam. 

Muhyiddin berkata, PN bertanding secara solo pada PRU15 supaya tidak perlu lagi bekerjasama dengan BN atau Pakatan Harapan (PH).

“Tujuan PN bertanding dalam PRU15 adalah untuk membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan BN atau Pakatan PH.

“Saya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional tidak pernah memberi mandat kepada Takiyuddin untuk berunding dengan BN bagi tujuan membentuk kerajaan selepas PRU15.

“Saya berdoa dengan izin Allah SWT dan sokongan padu rakyat, PN akan memenangi jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri-negeri yang terlibat dalam PRU15,” katanya menerusi ciapan Twitter, hari ini.

TAKIYUDDIN HASSAN

Terdahulu, ketika ditemui selepas ceramah di Ketereh, Kota Bharu, Kelantan, Takiyuddin dilaporkan tidak menolak kemungkinan PN akan membentuk kerajaan dengan BN sekiranya mereka gagal membentuk kerajaan secara bersendirian pada PRU15.

Bagaimanapun, beliau berkata, PN tidak akan sesekali membentuk gabungan bersama PH untuk menguasai Putrajaya.

Menurut Takiyuddin, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang ada menyebut sekiranya Pas tidak boleh bergabung sebelum PRU15, maka mungkin selepas PRU15.

Pada 15 Oktober lalu, Abdul Hadi berkata, Pas mengambil keputusan menangguhkan kerjasama dengan BN kerana gabungan itu didapati mempunyai ‘kekeruhan’.

Katanya, ini kerana kes penerima rasuah membabitkan pemimpin UMNO belum selesai. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya