Muhyiddin mohon maaf, kenyataan 'masuk api neraka' tak patut

Muhyiddin mohon maaf, kenyataan undi BN, PH ‘masuk api neraka’ tak patut

MUHYIDDIN Yassin menghadiri Program Santai Anak Muda Johor di Dewan Terbuka Taman Sri Penggaram, Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan kenyataan pengundi ‘masuk api neraka’ jika memilih Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Muhyidin berkata, seharusnya semua pemimpin PN perlu mengelakkan mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana boleh menimbulkan salah faham.

“Tak apalah saya fikir mereka sudah mengetahui penjelasannya. Saya tidak berapa gemar buat kenyataan seperti itu. 

“Yang penting elakkan kenyataan boleh timbulkan salah faham dalam kalangan pengundi,” katanya selepas menghadiri Program Santai Anak Muda Johor di Dewan Terbuka Taman Sri Penggaram, hari ini.

Semalam, Ketua Pemuda Pas Sik Shahiful Nasir tampil memohon maaf susulan ucapannya yang memberi amaran pengundi ‘masuk api neraka’ jika memilih BN atau PH berbanding PN.

Dalam video dimuat naik dalam laman Facebook Pemuda Pas Sik, Shahiful membuat permohonan maaf sambil mengakui kenyataan dibuatnya menyinggung ramai pihak. 

Muhyidin turut berharap isu kenyataan Pemuda Pas Sik itu tidak perlu diperbesarkan.

Beliau juga mahu video tentang kenyataan itu tidak disebarkan demi menjamin PRU yang bebas daripada isu perkauman dan agama melampau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya