PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima kunjungan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk membincangkan pembentukan Kerajaan Persekutuan.
Menurut Muhyiddin, rundingan juga sedang dibuat dengan parti-parti lain yang sehaluan dan Ahli Parlimen bebas.
“InsyaAllah, Kerajaan Persekutuan akan dapat dibentuk dalam masa terdekat,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.
Turut bersama dalam pertemuan itu adalah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Berdasarkan keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Pakatan Harapan (PH) hanya menang 82 kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) pula 73, Barisan Nasional (BN) 30 kerusi, Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Parti Warisan Sabah (tiga), Parti Bangsa Malaysia (satu) dan Bebas (dua).
Perkembangan itu jelas menunjukkan tiada parti memperolehi majoriti untuk membentuk kerajaan sekali gus memerlukan kerjasama gabungan atau parti lain. –UTUSAN