Muhammad pertaruh Gempak, perkasa anak muda - Utusan Malaysia

Muhammad pertaruh Gempak, perkasa anak muda

MUHAMMAD Noor Azman giat berkempen di seluruh kawasan Kapar bagi memikat hati pengundi agar kembali menyokong BN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

5 SOALAN

MUKADIMAH
SELAIN Khairy Jamaluddin, Barisan Nasional (BN) Selangor menampilkan seorang lagi calon muda berusia 30 tahun yang dipertaruhkan di Parlimen Kapar, MUHAMMAD NOOR AZMAN.

Masih bujang dan merupakan lulusan undang-undang, Barrister at Law, Lincoln’s Inn City, University of London, Muhammad pernah bertugas sebagai Pegawai Khas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pegawai Khas Menteri Belia dan Sukan serta pernah menjadi Eksekutif Undang-Undang di Firma Guaman Azmi & Associates.

Kepada wartawan Utusan Malaysia, ABDUL RAZAK IDRIS, Muhammad berkongsi misi dan visi sebagai pemimpin muda jika berjaya dipilih sebagai Ahli Parlimen Kapar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

UTUSAN: Apakah yang ingin dilakukan jika diberi mandat sebagai Ahli Parlimen Kapar?
MUHAMMAD: Masalah banjir yang sering berlaku perlu diatasi segera bagi memastikan rakyat tidak terus mengalami kerugian akibat banjir. Saya ingin mewujudkan taman awam dan tasik yang turut berfungsi sebagai kolam takungan.

Sebagai orang muda, apakah yang ingin dilakukan untuk golongan tersebut?
Kapar mempunyai 55 peratus populasi orang muda, jus­teru manifesto saya tertumpu kepada pemerkasaan orang muda. Dalam manifesto rakyat, saya ingin mewujudkan Geran Ekonomi Parlimen Kapar (Gempak) sebanyak RM1 juta yang diberikan kepada anak muda Kapar secara terus dan telus.

Bagaimana bantuan tersebut boleh disalurkan?
Kita akan tubuhkan Youth Hub yang membolehkan anak muda datang mendapatkan khidmat nasihat, latihan dan tempat riadah bagi mengembangkan bakat serta potensi. Kita ingin memastikan orang muda mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dengan penyediaan pusat tuisyen dan komputer riba percuma kepada pelajar B40 dan M40.

Apakah cadangan untuk menaikkan nama Kapar pada masa depan?
Pada masa ini kita mempunyai Ikon Permotoran iaitu tiga adik-beradik Juara Malaysia Cub Prix 2022, Mohd. Haziq Mohd. Hamdan, 22; Mohd. Afiq, 16 dan Mohd. Hafiz. Saya berharap apabila dipilih menjadi Ahli Parlimen, saya akan mewujudkan lebih ramai ikon dalam pelbagai bidang di negara ini dari Kapar.

Apakah pesanan kepada pe­ngundi Kapar?
Saya Muhammad, berusia 30 tahun dan bertenaga untuk meneruskan perjuangan sebagai Ahli Parlimen. Saya ingin memberi khidmat sebagai Ahli Parlimen dan membawa suara rakyat di Kapar yang ingin­kan pembe­laan dari aspek infrastruktur, pendidikan dan kebajikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya