Mohd. Zuki wakil PM hadiri APEC Thailand?

Mohd. Zuki wakil PM hadiri APEC Thailand?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali kemungkinan besar bakal mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Thailand.

 Menurut sumber Wisma Putra kepada Utusan Malaysia, beliau dijangka mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tidak dapat hadir kerana komitmen Pilihan Raya Umum Ke-15, namun  perkara itu akan dimuktamadkan sebelum persidangan bermula Rabu ini dan satu kenyataan rasmi akan diterbitkan.

 APEC 2022 pada kali ini yang dihoskan Thailand bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kebangsaan Permaisuri Sirikit, Bangkok selama empat hari sehingga Sabtu depan.

 Lima lagi pemimpin asing dilaporkan turut tidak akan dapat menyertai acara tahunan tersebut antaranya ialah Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan Presiden Rusia, Vladimir Putin, namun mengesahkan 14 ketua kerajaan hadir termasuk Presiden China, Xi Jinping; Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern.

Forum dianggotai 21 negara lingkaran Lautan Pasifik tersebut mula diperkenalkan pada 1989 dengan Australia menjadi tuan rumah pertama manakala sekretariat terletak di Singapura dan Malaysia pernah dipilih sebagai hos sebanyak dua kali iaitu pada 1998 lalu dan kemudian 2020 secara persidangan video ekoran pandemik Covid-19.

Mengulas lebih lanjut, sumber memaklumkan bahawa ketidakhadiran Ismail Sabri tidak dapat dielakkan dan amalan itu bukan pelik kerana turut dilakukan negara lain atas sebab tertentu.

 “Ketiadaan Malaysia bukan bermakna tiada komitmen terhadap kepentingan blok ekonomi ini  negara kita sentiasa mengambil maklum berhubung setiap keputusan ditetapkan,” jelasnya.

Tahun lalu, Perdana Menteri tampil buat julung kali setelah dilantik menyandang jawatan tersebut dengan menyertai APEC 2021 yang dihoskan New Zealand secara persidangan maya. 

Untuk forum kali ini pula, Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol yang baru dilantik juga tidak dapat datang susulan tragedi maut rempuhan sambutan Halloween di Seoul akhir bulan lalu.

Empat tokoh baharu akan hadir iaitu Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese; Presiden Chile, Gabriel Boric; Presiden Filipina, Bongbong Marcus dan Ketua Eksekutif Hong Kong, John Lee selain jemputan khas Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mahkota Mohammad Salman untuk menyertai APEC 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya