Mohd. Syafiq, calon muda BN cabar Hamzah Zainuddin di Larut - Utusan Malaysia

Mohd. Syafiq, calon muda BN cabar Hamzah Zainuddin di Larut

MOHD. Syafiq Fhadly Mahmud (tengah) diiringi calon lain berjalan memasuki pusat penamaan calon Parlimen Larut di Pejabat Daerah dan Tanah Selama hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LARUT: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Larut, Mohd. Syafiq Fhadly Mahmud tiba dan mula memasuki kawasan pusat penamaan calon di Pejabat Daerah dan Tanah Selama di sini pada pukul 8.57 pagi ini.

Beliau diiringi lebih 500 penyokong yang berada di luar pekarangan pusat penamaan calon.

Sementara itu, calon Perikatan Nasional (PN) yang juga penyandang kerusi sama pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Datuk Seri Hamzah Zainuddin tiba di pusat penamaan calon pada pukul 9 pagi.

Calon daripada Pakatan Harapan (PH), Zolkarnain Abidin pula tiba di pusat penamaan calon pada pukul 9.05 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN