Mohd Rosli mahu Ku Nan, Radzi sahut cabaran debat

Mohd Rosli mahu Ku Nan, Radzi sahut cabaran debat

POSTER debat dikongsi Mohd. Rosli menerusi laman Facebook.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: “Ku Nan (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) dan Radzi (Datuk Dr. Radzi Jidin) tak jantan, takut sahut debat saya,” kata calon Pejuang P125 Putrajaya, Datuk Mohd. Rosli Ramli.

Mohd. Rosli berkata, beliau kekal dengan pendirian mahu Ku Nan dan Radzi menyahut cabarannya untuk program debat tiga penjuru yang dicadangkan diadakan pada malam Khamis ini.

“Kalau betul mereka berani, kita berjumpa atas pentas Khamis ini. Kita berlawan dengan idea, jangan berlawan dengan bendera sahaja.

“Kita lontarkan apa impian untuk masa depan Putrajaya,” katanya menerusi hantaran di Facebook, malam ini.

Beliau memaklumkan ajakan debat itu sudah diumumkan ketika awal kempen lagi, namun tiada reaksi daripada dua calon itu setakat ini.

Mohd Rosli berkata, beliau sudah bersedia untuk menyertai program debat itu dan mahu warga Putrajaya menyokong perkara itu.

“Saya sudah tick tanda sedia. Warga Putrajaya, setuju atau tak debat ini diteruskan?” katanya.

Untuk itu, beliau mahu Ku Nan dan Radzi menghubungi talian 018-9146081 bagi mengesahkan penyertaan debat itu.

Difahamkan, sebuah poster tersebar mengenai satu program debat bertajuk ‘Masa Depan Putrajaya’ yang memaparkan wajah Ku Nan dan Radzi.

Menurut poster itu, debat itu dianjurkan Pertubuhan Amal dan Kebajikan Komuniti Wilayah Persekutuan dan dijadual berlangsung di Palm Garden Hotel, di sini pada Jumaat ini.

Sementara itu, BN Putrajaya ketika dihubungi memaklumkan belum menerima apa-apa jemputan setakat ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya