Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-260 bermula

Tuanku Muhriz pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-260

TUANKU MUHRIZ Tuanku Munawir mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-260 di Istana Negara. - FB ISTANA NEGARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-260 bermula di Istana Negara hari ini yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Mesyuarat itu dimulakan dengan upacara simbolik menanam pokok Buah Ajaib (Synsepalum dulcificum) di pekarangan Istana Negara yang disempurnakan oleh Tuanku Muhriz dan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sebelum upacara tersebut, Tuanku Muhriz berkenan memberi tabik hormat ke atas Kawalan Kehormatan Utama yang dibarisi oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Dataran Utama.

Upacara itu adalah cetusan idea Seri Paduka sempena Mesyuarat Raja-Raja yang berlangsung selama dua hari.

Ia melibatkan keberangkatan semua Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu kecuali Kelantan yang diwakili Tengku Mahkota Kelantan dan Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang.

Mesyuarat Raja-Raja turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Pada mesyuarat itu, Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang di-Pertua Negeri diiringi Ketua-Ketua Menteri kecuali Sarawak diwakili Timbalan Premier Sarawak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya