Mesej WhatsApp minta ahli Pas sokong BN palsu - Muhyiddin - Utusan Malaysia

Mesej WhatsApp minta ahli Pas sokong BN palsu – Muhyiddin

TANGKAP layar mesej palsu meminta ahli Pas menyokong BN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tangkap layar perbualan WhatsApp yang meminta ahli Pas menyokong calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah palsu.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Facebook beliau hari ini.

“Tangkap layar tersebut adalah palsu,” katanya.

Menerusi tangkap layar palsu itu, menunjukkan perbualan kumpulan WhatsApp PN Johor 2022 apabila calon Parlimen PN Batu Pahat, Datuk Rashid Hasnon mempersoal keputusan Majlis Tertinggi PN yang bersetuju agar ahli Pas mengundi calon BN.

Namun dalam mesej didakwa palsu itu, Muhyiddin kononnya membalas soalan itu dengan memberikan alasan bahawa mereka memerlukan sokongan untuk menjadi sebahagian pembentukan Kerajaan Persekutuan kelak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya